Kisahku
.png)
"Aku.
Aku wanita.
ya, aku wanita yang berpakaian muslimah.
aku bertudung labuh, menutup dada.
berstoking.
terdengar indah!
Namun hakikatnya, membawa imej itu amatlah payah.
Kemana mana menjadi perhatian mungkin kerana taksangka.
ya, taksangka..
Dulu.....
aku sama seperti wanita lain, yang hanya berpakaian tapi buat buat taktahu di mana 'aurat' sebenarnya.
Aku sama seperti mereka yang hanya memakai tudung di 'kepala'.
HAKIKATNYA, tidak menutup aurat sempurna. Orang lihat aku berubah.
Kenapa dengan tiba tiba?
Kenapa melulu?
Mungkin itu yg da di benak mereka.
Wajah ku tenang saja. Tatkala mereka melihat aku dari atas ke bawah. ku senyum padanya.
Mungkin takknampak kerana aku menutup muka.
Jadi terkadang aku juga menyapa mereka.
Ada senyum semula.
Ada juga yang menjeling tanpa kata.
Aku gagah jua kerana aku tahu medan ini bukan utk org org yg lemah.
Bila aku mula melangkah ke majlis agama, orang memandangku penuh ilmu didada.
HAKIKATNYA, aku ke sana ke mari kerana ingin tahu juga.
Orang mula mengasak asak aku dgn perlbagai soalan umpama aku 'pengeluar fatwa'.
Sedangkan aku juga masih belajar seperti mereka.
Allah saja tahu apa perasaannya bila dianggap suci sedangkan penuh dosa.
Awak, Allah tutup aib saya. Kita sama.
Aku buntu,
sedangkan menutup aurat itu WAJIB utk aku & semua.
Lalu darimana dtgnya 'sempurna' sedangkan aku juga insan biasa?
Sedih. Sungguh. Terkadang menangis dalam sepi, hiba dalam sunyi.
Andai ini ujian yg perlu ku tempuh di atas 'kelalaian' dahulu.
Aku rela andai ini jalan yg diredhai.
kerana TUHAN, aku kuat. Ya, kerana DIA.
Aku berpakaian begini tidak bermakna aku 'ustazah' sedangkan title kita sekarang
'bakal jenazah'.
Sudah. Sudahlah tu.
Cuba lihat dunya saat ini.
Tidak adakah sedikit pun gentar melihat kegoyahan dunya?
Kita smeua tahu bhwa hari kiamat pasti tiba
& penghuni neraka itu byknya wanita.
Lalu, mengapa kita masih LEKA?
Seolah olah dunya ini tmpt kita selamanya!
Jangan alpa, jangan leka. Makin hari makin banyak petanda.
Masih juga nak tutup mata?
Masih nak pekak kan teling?
Aku takkan kata buatlah ikut suka.
keran kamu & ak, sama sama wanita.
Sebelum kamu mjadi isteri solehah. Jadilah anak solehah.
Berbaktilah kpd org tua.
Jangan heret mereka ke neraka.
Hanya di sbbkan oleh dosa dosa kita.
Masih belum terlmbt. -HM34 & self.
'TURN TO ALLAH BEFORE YOU RETURN'
Ada sedikit kata kata mutiara yang kita perlu renungkan untuk masa depan :)
- 'Kamu menjadi sebutir mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi dilindungi kulit. Bukan senang nak melihatnya. Apa lagi mendapatkannya. Hanya orang yang bertuah. Berusaha selami dasar lautan dapat memperolehinya. Harga mahal sekali. Dan ia akan tersimpan selamanya'
- 'Muslimah....... yang sejati adalah, yang menjaga dirinya di luar juga di dalam'
- 'Seindah hiasan ialah, Adalah wanita solehah'
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).
Sekian.............
Okaylah nanti kita sambung lagi k?
Takecare. Salam. Love xX
Comments
Post a Comment