BEFORE SLEEP

Bismillah.


Assalamualaikum semua.

Ingin saya mulakan bicara,

malam berganti malam,
hari berganti hari,
salam 10 malam.
moga kita jumpa lailatul qadr yang diidami.

Pernah dengar atau kata lainnya, selalu dengar orang berkata tentang, pentingnya amalan sebelum tidur, kan?

Terdapat baaaaaanyak amalan.
Tetapi, disini ingin saya kongsikan beberapa perkara yang disebut dibibir bibir para ulama' sebahagiannya...


Jadi, jum mulakan! 😉

Jika... seseorang itu inginkan kemesraan atau meningkatkan hubungan antara dia dan Allah.
Maka, sebelum tidur terdapat 4 perkara yang perlu dititikberatkan.

Dimana,
mereka perlulah menyelesaikan segala masalah yang tidak patut ditunda dengan sebaiknya, seperti bergaduh dengan orang tidak kiralah gaduh mulut, gaduh jari atau sebagainya. Isu isu yang tidak sepatutnya difikirkan ketika ingin tidur ialah masalah bersama orang sekeliling. Tambahan pula, jangan lupa sertakan sekali kemaafan dan memaafkan orang yang berkaitan.
Cerita ini saya rasa sudah seringkali diingatkan dicorong-corong radio, ditularkan melalui instagram, vid pendek dan sebagainya... ada suatu ketika Nabi Muhammad SAW berkata "akan ada seorang yang masuk dari pintu ini ialah ahli Syurga" sudah berkali kali disebutnya dan orang yang masuk itu adalah orang yang sama. Lalu, para sahabat pelik... yelah, mengapa dia ini dikategorikan sebagai ahli Syurga sedangkan ibadahnya sama sahaja dengan para sahabat yang lain... kemudian, seorang dari sahabat Nabi pergi bertanyakan kepada orang itu... "apakah amalanmu yang menyebabkan Muhammad berkat begitu?" lalu dijawabnya, "memang amalanku sama dan biasa sahaja seperti yang lain akan tetapi sebelum tidur aku akan pastikan, memaafkan orang dan mengharapkan kemaafan dari orang sekelilng yang telah berbuat jahat padaku dalam sengaja mahupun tidak sengaja".....

Maaf jika salah, mohon bertulkan ya.

Allahurabbi... hebat bukan?
Hanya kerana amalan yang pemurahnya sebesar zarah, Syurga tempatnya.

Okay, jum sambung lagi! hehe

Keduanya, menyelesaikan tanggungjawab seorang muslim/muslimah untuk menunaikan segala suruhan Rabbnya sebelum tidur, seperti SOLAT.

Ketiga, seseorang itu hendaklah atau perlulah bertafakur atau meluangkan masa dengan Allah sebentar, one by one dengan intim dan privasi dengan Penciptanya.
"has repented by Allah and has turned back to Allah"
& SEMESTINYA!! meminta maghfirah kesucian penuh kemaafan dengan rasa kehambaan dengan menyucikan kembali hati hati ini dengan menghilangkan segala dosa dosa secara langsung mahupun tidak. Dosa itu hendaklah dikurang kan pahala pula wajarlah untuk ditambah baikkan.

Akhirnya, mengetahui atau melakukan perancangan masa hadapan untuk keluarga, ini bagi persiapan andaikata, kita dijemput Ilahi. Seperti, harta pusaka dan sebagainya.


Sumber ini banyaknya saya dapati daripada youtube "MercifulServant" dan juga apa yang telah saya pelajari dengan guru-guru hebat sebelumnya.

Akhir kalam,
kejarlah akhirat agar dunya tidak akan meninggalkanmu.
Jadikan dunya itu medan pencarian pahala atau saham untuk dibawa ke SYURGA.
Allahu.
Moga kita sama-sama ke rah itu dan diredhai.


Salam sayang xx Nur Hazwani Sazali.

Comments

Popular posts from this blog

DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH

Kisahku